Saturday, March 31, 2007

Mengapakah Malaysia gagal mengeluarkan produk/jenama sendiri bertaraf dunia?

Perdagangan Malaysia telah mencapai RM 1 trillion pada tahun 2006 dimana jumlah eksport dan import tidak jauhnya masing-masing berjumlah RM500++ juta dan RM400++ juta. Tetapi jika dilihat eksport Malaysia adalah disumbangkan banyak oleh produk elektrik dan elektronik yang mana kita sudah sedia maklum ianya bukannya produk hasil keluaran anak tempatan tetapi merupakan hasil keluaran syarikat-syarikat Jepun yang mempunyai kilang di Malaysia. Persoalanya sampai bila ekonomi kita perlu bergantung kepada FDI (Pelaburan Asing)?

(..bersambung, sistem pendidikan kita menyebabkan berlakunya kemurungan daya kreativiti rakyat Malaysia)

Ahli akademik Malaysia syok sendiri

Rencana ini adalah topik kecil dalam isu Bahasa Melayu vs Bahasa Inggeris. Apa yang dikecewakan adalah ahli akademik kita lebih berbangga menulis kajian-kajian mereka dalam bahasa Inggeris berbanding dalam bahasa Melayu. Kenapa? Adakah pengetahuan-pengetahuan yang mereka ada adalah layak hanya untuk bangsa asing? sedangkan mereka diamanahkan dan dibayar untuk mengajar anak bangsa mereka, kenapa mereka sanggup pinggirkan anak bangsa mereka?

Masyarakat Malaysia adalah berbentuk piramid dimana mereka yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris berada ditingkat atas manakala orang kebanyakan yang berbangsa Melayu yang tidak mahir berbahasa Inggeris berada dalam tingkat dibawah hieraki piramid tersebut.Dimana ditingkat inilah yang mempunyai populasi yang paling besar yang akan menentukan kemajuan sesuatu ekonomi. Kita perlu meningkatkan pengetahuan golongan yang berada ditingkat ini dengan mengajar mereka ilmu-ilmu baru, adalah lebih cepat dan lebih mudah jika ianya disampaikan dalam bahasa ibunda kita bahasa Melayu berbanding dengan mengharapkan dan memaksa golongan yang ditingkat bawah hieraki ini mempelajari bahasa Inggeris.

Kita perlu belajar dari negara Jepun bagaimana mereka menghantar rakyat mereka ke barat untuk mempelajari ilmu-ilmu baru yang kemudiannya mereka terjemahkan dan kongsikan ilmu-ilmu tersebut dalam bahasa ibunda mereka.

Ahli akademik kita tidak perlulah syok sendiri dengan menulis artikle-artikle dalam bahasa Inggeris dengan mengharapkan diri mereka diiktiraf oleh orang luar yang sememangnya terbukti tiada pengiktirafanpun yang mereka perolehi dan mereka juga tidak perlulah menyimpan ilmu-ilmu yang tersebut dalam journal-journal yang tidak langsung memberi sumbangan ke dalam kemajuan bangsa.

Bahasa penentu kemajuan bangsa?

Isu ini masih lagi dalam perdebatan di Malaysia. Langkah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik dilihat oleh sesetengah ahli akademik sebagai satu bencana besar dalam sejarah negara dan satu langkah mundur ke belakang. Ada pula yang berpendapat ini adalah antara strategi anasir-anasir luar yang tidak mahu lihat bangsa Melayu-negara Malaysia terus maju.

Kumpulan yang menentang ini berhujah bahawa sejarah dan situasi semasa telah membuktikan bahawa penggunaan bahasa asing dalam pendidikan sesebuah negara tidak memberi apa-apa sumbangan dalam kemajuan sesebuah negara sebagai contoh Filipina dan India telah lama menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mereka tetapi masih juga ketinggalan dalam segi ekonomi. Jika dilihat kepada negara-negara maju lain seperti Jerman, Perancis, Itali, Jepun dan Korea mereka menggunakan bahasa ibunda mereka dalam semua segi termasuk perundangan, pendidikan dan ekonomi dan telah terbukti bahawa mereka maju tanpa perlu bergantung kepada bahasa Inggeris. Jika dilihat dari sudut sejarah pula, kemajuan negara-negara barat dalam sains dan teknologi adalah disebabkan kepada usaha yang mereka lakukan mempelajari bahasa Arab dan kemudiannya menterjemahkan buku-buku ahli sains Islam kedalam bahasa ibunda mereka yang kemudiannya diajar kepada bangsa mereka dengan menggunakan bahasa ibunda mereka. Ini yang sepatutnya kita laksanakan iaitu banyakkan terjemahan dan kongsikan ilmu yang dipelajari dengan menggunakan bahasa Melayu.

(..bersambung, penulis akan menerangkan hujah-hujah seterusnya)

Adakah Populasi Faktor Kemakmuran Ekonomi?

Sering menjadi rungutan kepada usahawan Malaysia dimana pasaran dalaman Malaysia adalah amat kecil berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun dan Korea. Pasaran dalaman adalah amat penting untuk membina kekuatan produk-produk tempatan sepertimana apa yang berlaku di Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan. Tun Dr Mahathir bekas perdana menteri Malaysia pernah satu ketika dahulu menyatakan bahawa beliau mahukan penduduk Malaysia meningkat sehingga 70 juta, kenapa? Kerana dengan jumlah penduduk 70 juta seperti jumlah penduduk di Jepun ketika itu sudah cukup untuk membangunkan ekonomi sesebuah negara tidak perlu bergantung kepada pasaran eksport.

Adakah jumlah populasi penentu kepada kemakmuran ekonomi sesebuah negara?Jika dilihat kepada perbandingan jumlah populasi Malaysia (24,821,286) dan Indonesia (234,693,997) sensus 2006, Malaysia adalah ditempat ke-46 manakala Indonesia tempat ke-4 dalam rangking populasi dunia. Tetapi dari sudut ekonomi Malaysia adalah lebih makmur berbanding Indonesia. Sepatutnya Indonesia lebih maju dan setaraf dengan negara-negara maju, tetapi kenapakah Indonesia masih lagi jauh kebelakang?