Saturday, March 31, 2007

Adakah Populasi Faktor Kemakmuran Ekonomi?

Sering menjadi rungutan kepada usahawan Malaysia dimana pasaran dalaman Malaysia adalah amat kecil berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun dan Korea. Pasaran dalaman adalah amat penting untuk membina kekuatan produk-produk tempatan sepertimana apa yang berlaku di Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan. Tun Dr Mahathir bekas perdana menteri Malaysia pernah satu ketika dahulu menyatakan bahawa beliau mahukan penduduk Malaysia meningkat sehingga 70 juta, kenapa? Kerana dengan jumlah penduduk 70 juta seperti jumlah penduduk di Jepun ketika itu sudah cukup untuk membangunkan ekonomi sesebuah negara tidak perlu bergantung kepada pasaran eksport.

Adakah jumlah populasi penentu kepada kemakmuran ekonomi sesebuah negara?Jika dilihat kepada perbandingan jumlah populasi Malaysia (24,821,286) dan Indonesia (234,693,997) sensus 2006, Malaysia adalah ditempat ke-46 manakala Indonesia tempat ke-4 dalam rangking populasi dunia. Tetapi dari sudut ekonomi Malaysia adalah lebih makmur berbanding Indonesia. Sepatutnya Indonesia lebih maju dan setaraf dengan negara-negara maju, tetapi kenapakah Indonesia masih lagi jauh kebelakang?

No comments: