Saturday, March 31, 2007

Ahli akademik Malaysia syok sendiri

Rencana ini adalah topik kecil dalam isu Bahasa Melayu vs Bahasa Inggeris. Apa yang dikecewakan adalah ahli akademik kita lebih berbangga menulis kajian-kajian mereka dalam bahasa Inggeris berbanding dalam bahasa Melayu. Kenapa? Adakah pengetahuan-pengetahuan yang mereka ada adalah layak hanya untuk bangsa asing? sedangkan mereka diamanahkan dan dibayar untuk mengajar anak bangsa mereka, kenapa mereka sanggup pinggirkan anak bangsa mereka?

Masyarakat Malaysia adalah berbentuk piramid dimana mereka yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris berada ditingkat atas manakala orang kebanyakan yang berbangsa Melayu yang tidak mahir berbahasa Inggeris berada dalam tingkat dibawah hieraki piramid tersebut.Dimana ditingkat inilah yang mempunyai populasi yang paling besar yang akan menentukan kemajuan sesuatu ekonomi. Kita perlu meningkatkan pengetahuan golongan yang berada ditingkat ini dengan mengajar mereka ilmu-ilmu baru, adalah lebih cepat dan lebih mudah jika ianya disampaikan dalam bahasa ibunda kita bahasa Melayu berbanding dengan mengharapkan dan memaksa golongan yang ditingkat bawah hieraki ini mempelajari bahasa Inggeris.

Kita perlu belajar dari negara Jepun bagaimana mereka menghantar rakyat mereka ke barat untuk mempelajari ilmu-ilmu baru yang kemudiannya mereka terjemahkan dan kongsikan ilmu-ilmu tersebut dalam bahasa ibunda mereka.

Ahli akademik kita tidak perlulah syok sendiri dengan menulis artikle-artikle dalam bahasa Inggeris dengan mengharapkan diri mereka diiktiraf oleh orang luar yang sememangnya terbukti tiada pengiktirafanpun yang mereka perolehi dan mereka juga tidak perlulah menyimpan ilmu-ilmu yang tersebut dalam journal-journal yang tidak langsung memberi sumbangan ke dalam kemajuan bangsa.

No comments: