Saturday, March 31, 2007

Bahasa penentu kemajuan bangsa?

Isu ini masih lagi dalam perdebatan di Malaysia. Langkah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik dilihat oleh sesetengah ahli akademik sebagai satu bencana besar dalam sejarah negara dan satu langkah mundur ke belakang. Ada pula yang berpendapat ini adalah antara strategi anasir-anasir luar yang tidak mahu lihat bangsa Melayu-negara Malaysia terus maju.

Kumpulan yang menentang ini berhujah bahawa sejarah dan situasi semasa telah membuktikan bahawa penggunaan bahasa asing dalam pendidikan sesebuah negara tidak memberi apa-apa sumbangan dalam kemajuan sesebuah negara sebagai contoh Filipina dan India telah lama menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mereka tetapi masih juga ketinggalan dalam segi ekonomi. Jika dilihat kepada negara-negara maju lain seperti Jerman, Perancis, Itali, Jepun dan Korea mereka menggunakan bahasa ibunda mereka dalam semua segi termasuk perundangan, pendidikan dan ekonomi dan telah terbukti bahawa mereka maju tanpa perlu bergantung kepada bahasa Inggeris. Jika dilihat dari sudut sejarah pula, kemajuan negara-negara barat dalam sains dan teknologi adalah disebabkan kepada usaha yang mereka lakukan mempelajari bahasa Arab dan kemudiannya menterjemahkan buku-buku ahli sains Islam kedalam bahasa ibunda mereka yang kemudiannya diajar kepada bangsa mereka dengan menggunakan bahasa ibunda mereka. Ini yang sepatutnya kita laksanakan iaitu banyakkan terjemahan dan kongsikan ilmu yang dipelajari dengan menggunakan bahasa Melayu.

(..bersambung, penulis akan menerangkan hujah-hujah seterusnya)

No comments: